PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga

Maksud

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

Contoh ayat

Syarikat besar itu membina kilang di tengah kampung tanpa menghiraukan penduduk; gajah masuk kampung, kalau kayu tak tumbang, rumput layu juga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  2. Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara

    Jawab yang benar dan tepat.

  3. Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya

    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

  4. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

  5. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  6. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit

    Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.