PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Gajah mati kerana gadingnya

Maksud

Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

Contoh ayat

Kerana kekayaannya, ahli perniagaan itu menjadi sasaran penculik; gajah mati kerana gadingnya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gajah mati kerana gadingnya:

  1. Harimau mati kerana belangnya

    Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Berat hati beratlah tulang

    Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.

  2. Akal akar berpulas tak patah

    Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.

  3. Cerdik tak berakal

    Pandai tetapi belum berbudi halus.

  4. Dapat harta karun

    Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.

  5. Tunggang hilang berani mati

    Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

  6. Yang dijemput tak datang, yang menjemput tak kembali

    Keuntungan yang dicari tidak dapat sedangkan modal yang sedia ada susut atau tidak kembali sama sekali.