PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Maksud

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Contoh ayat

Jasanya kepada masyarakat sentiasa dikenang; gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama:

  1. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Pepatah

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

  2. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  3. Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan

    Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.

  4. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

  5. Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga

    Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.

  6. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak

    Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.