PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Gali lubang menutup lubang

Maksud

Meminjam wang untuk membayar hutang.

Contoh ayat

Dia meminjam daripada ceti haram untuk membayar hutang kad kredit; gali lubang menutup lubang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gali lubang menutup lubang:

  1. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  2. Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Ubun-ubun masih berdenyut sudah angkuh

    Masih kecil tetapi sudah sombong.

  2. Janji sampai, sukatan penuh

    Sudah sampai ajal.

  3. Agih-agih kungkang

    Terlalu memberi kepada orang lain sehingga menyusahkan diri sendiri.

  4. Ugut-ugut beruk sahaja

    Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya.

  5. Ular kepala dua

    Orang munafik atau pengkhianat.

  6. Belalang dapat menuai

    Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.