Pepatah
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya
Maksud
Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.
Contoh ayat
Pengurus hanya memberi arahan dari bilik berhawa dingin, pekerja di tapak binaan yang bersusah payah; gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya:
-
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul
Pepatah
Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
-
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
Pepatah
Orang yang melihat sesuatu masalah sukar untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi oleh orang yang melaluinya.
-
Mata memandang apa yang hendak, sakit bahu yang memikul ditimpa perasaan
Pepatah
Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.
Pepatah lain
-
Tak ada ribut, masakan daun bergoyang
Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.
-
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya
-
Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
-
Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher
Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
-
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga
Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
-
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.