Pepatah
Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga
Maksud
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Contoh ayat
Dia orang Kelantan, isterinya orang Johor; garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga:
-
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
Pepatah
Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Pepatah lain
-
Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
-
Genting menanti putus, biang menanti tembuk
Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
-
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung
Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.
-
Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu
Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.
-
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Kesedihan kerana kematian kekasih.
-
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.