PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan

Maksud

Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

Contoh ayat

Dia mula belajar bermain gitar tetapi berhenti apabila jarinya sakit; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan:

  1. Hangat-hangat tahi ayam

    Seseorang yang tidak kuat kemahuan atau pendiriannya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan

    Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.

  2. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat

    Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

  3. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  4. Selimut kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka

    Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya.

  5. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

    Tiada mahu mendengar nasihat orang.

  6. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.