Pepatah
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga
Maksud
Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
Contoh ayat
Suami isteri yang rapat pun ada kalanya bertelagah, kerana gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga.
Pepatah lain
-
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.
-
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.
-
Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa
Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
-
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
-
Biduk lalu kiambang bertaut
Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.
-
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.