PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Golok kayu

Maksud

Orang bodoh yang berlagak pandai.

Contoh ayat

Dia berlagak pakar ekonomi, padahal hanya golok kayu.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Golok kayu:

  1. Belalang hendak menjadi helang

    Orang bodoh yang berlagak seperti orang besar.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Beralih angin

    Pergi ke susatu tempat yang lain untuk berehat.

  2. Berat sebelah

    Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.

  3. Bangkai bernyawa

    Seorang yang tidak berguna langsung.

  4. Berat hati

    Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.

  5. Darah daging

    Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah.

  6. Besar hati

    Seseorang yang gembira atau bersemangat tinggi.