Pepatah
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah
Maksud
Perbuatan yang tidak sempurna.
Contoh ayat
Kerja yang dibuat tergesa-gesa itu hasilnya gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah:
-
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Perumpamaan
Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
Pepatah lain
-
Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk
Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.
-
Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa
Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
-
Enggang lalu ranting patah
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.
-
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung
Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.
-
Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain
Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.
-
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi
Melihat sesuatu menurut keadaannya yang terbukti dan boleh disaksi.