Peribahasa
Gunting makan di hujung
Maksud
Mencapai sesuatu dengan diam-diam
Contoh ayat
Dia kelihatan biasa sahaja, tetapi diam-diam membeli tanah di kampung itu; gunting makan di hujung.
Peribahasa lain
-
Mengaburi mata orang
Seseorang yang menipu atau membodohkan orang.
-
Menconteng arang di muka
Perbuatan memberi malu / aib.
-
Elok palut, pengebat kurang
Tampaknya bagus tetapi keadaan sebenarnya belum begitu baik.
-
Orang mencubit kita menampar
Berlainan perbuatan tetapi akibatnya sama merasa.
-
Hempas tulang, berisi perut
Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.
-
Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri
Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil lumayan.