PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai

Maksud

Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.

Contoh ayat

Dia ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, tetapi wang tidak mencukupi; harap hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan

    Membesar-besarkan perkara yang kecil.

  2. Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah

    Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.

  3. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang

    Pendirian yang tidak tetap.

  4. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  5. Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

    Di mana mati di situlah dikuburkan.

  6. Enggan seribu daya, mahu sepatah kata

    Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.