PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

Maksud

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Contoh ayat

Buatlah kebaikan semasa hidup kerana harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama:

  1. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Pepatah

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  2. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

    Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

  3. Bagaimana contoh begitulah gubahannya

    Sesuatu itu menurut asalnya.

  4. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda

    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

  5. Yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang

    Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.

  6. Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti

    Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.