PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hati hendak semua jadi

Maksud

Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

Contoh ayat

Walaupun miskin, Ali berjaya ke universiti kerana hati hendak semua jadi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Hati hendak semua jadi:

  1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah

    Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

  2. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Pepatah

    Jika ada kemahuan, tentu ada jalannya, tanpa kemahuan, berbagai alasan diberikan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  2. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  3. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

    Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

  4. Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya

    Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.

  5. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

  6. Burung terbang dipipiskan lada

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.