PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Maksud

Jika ada kemahuan, tentu ada jalannya, tanpa kemahuan, berbagai alasan diberikan.

Contoh ayat

Kalau benar-benar mahu belajar, waktu pasti ada; hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih:

  1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah

    Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

  2. Hati hendak semua jadi Pepatah

    Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya

    Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.

  2. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  3. Genting menanti putus, biang menanti tembuk

    Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

  4. Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

    Di mana mati di situlah dikuburkan.

  5. Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa

    Kelakuan yang tidak senonoh.

  6. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.