Peribahasa
Hilang di mata di hati jangan
Maksud
Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.
Contoh ayat
Ketika berpisah di lapangan terbang, ibu berpesan kepada Amin, "Hilang di mata di hati jangan; selalulah menelefon kami."
Peribahasa lain
-
Yang sakit hendak makan pulut, yang segar hendak makan gulai
Nasib yang berbeza menyebabkan keinginan pun berbeza.
-
Api padam, puntung hanyut
Sudah selesai dan tidak diungkit-ungkit lagi.
-
Belayar atas angin
Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.
-
Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan
Jauh diundang dengan surat, dekat cukup diundang dengan mulut sahaja.
-
Orang menebas berpadang senang, orang diberi beroleh sahaja
Harta yang telah menjadi hak milik kita boleh dibahagikan sesuka hati.
-
Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua
Dalam sesuatu usaha, pemimpin bertanggungjawab akan mendapat pujian dan celaan.