PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

Maksud

Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

Contoh ayat

Jangan terlalu bersedih dengan kegagalan kerana hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup:

  1. Ada pasang surutnya Bidalan

    Untung dan malang tidak tetap.

  2. Adat juara kalah menang, adat saudara laba rugi Bidalan

    Dalam kehidupan, kita akan mengalami nasib yang baik dan juga nasib tidak baik.

  3. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa Pepatah

    Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

  4. Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk

    Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

  3. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  5. Alang-alang berminyak, biar licin

    Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.

  6. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.