PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung

Maksud

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

Contoh ayat

Haji Kassim menjadi hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung bagi penduduk kampung yang susah.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung:

  1. Jadi bumi langit

    Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya

    Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum.

  2. Genting menanti putus, biang menanti tembuk

    Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.

  3. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis

    Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

  4. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  5. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  6. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.