PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda

Maksud

Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

Contoh ayat

Pembahagian tanah pusaka itu mesti disertakan geran dan saksi kerana hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Alang-alang mandi, biar basah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  2. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga

    Kembali ke tempat asalnya.

  3. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

    Perbuatan yang tidak sempurna.

  4. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

  5. Jerih menentang boleh, rugi menentang laba

    Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.

  6. Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah

    Tidak menepati janji.