PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

Maksud

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

Contoh ayat

Pinjaman kereta belum habis dibayar, dia meminjam untuk membeli motosikal pula; hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula:

  1. Gali lubang menutup lubang

    Meminjam wang untuk membayar hutang.

  2. Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula Pepatah

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu

    Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

  2. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari

    Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.

  3. Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya

    Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

  4. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  5. Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

    Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.

  6. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

    Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.