PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

Maksud

Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

Contoh ayat

Jasa guru yang mendidiknya tidak dapat dibalas; hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang mata pedangnya

    Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.

  2. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  3. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  4. Biduk lalu kiambang bertaut

    Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

  5. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga

    Betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi tetap seperti keadaan yang lama juga.

  6. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.