Perumpamaan
Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan
Maksud
Sangat miskin.
Contoh ayat
Keluarga nelayan itu hidup ibarat ayam, tiada mengais tiada makan.
Banner MotivasiLihat produk →Pilihan kamiPeribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan:
-
Dapur tidak berasap
Terlalu miskin.
-
Hidup segan mati tak mahu
Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).
-
Itik tak sudu, ayam tak patuk
Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.
-
Kain sehelai berganti-ganti
Suami isteri yang miskin.
-
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
Pepatah
Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.
-
Malam berselimut embun, siang bertudung awan
Pepatah
Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.
Perumpamaan lain
-
Bagai aur di atas bukit
Orang yang menyerahkan diri pada takdir.
-
Katak ditimpa kemarau
Berkeluh kesah dengan tidak keruan.
-
Bagai sotong kena air
Menggambarkan seseorang yang menjadi aktif dan lincah bila berada di dalam situasi atau keadaan yang sesuai.
-
Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham
Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.
-
Seperti kerbau dicucuk hidung
Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang.
-
Bagai rambut dibelah tujuh
Sedikit sekali.