PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

Maksud

Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan.

Contoh ayat

Selepas wanita itu tidak lagi muda, suaminya meninggalkannya; ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai aur di atas bukit

    Orang yang menyerahkan diri pada takdir.

  2. Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak

    Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.

  3. Darah setampuk pinang

    Belum berpengalaman.

  4. Bagai besi dengan penempa

    Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.

  5. Umpama biawak bercabang lidah

    Tidak dapat dipercayai barang katanya.

  6. Seperti kerbau dicucuk hidung

    Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang.