PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ibarat burung, mata lepas badan terkurung

Maksud

Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

Contoh ayat

Walaupun hidup mewah di istana, puteri itu berasa ibarat burung, mata lepas badan terkurung.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

  2. Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu

    Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.

  3. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  4. Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda

    Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.

  5. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan

    Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

  6. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.