PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Ibarat melukut di tepi gantang

Juga disebut: Bagai melukut di tepi gantang

Maksud

Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

Contoh ayat

Nadira langsung tidak dipedulikan oleh orang kampung yang sedang sibuk bergembira, ibarat melukut di tepi gantang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ibarat melukut di tepi gantang:

  1. Bangkai bernyawa Simpulan Bahasa

    Seorang yang tidak berguna langsung.

  2. Seperti melukut masuk gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi Bidalan

    Tidak penting

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Alu pencungkil duri

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  2. Seperti kucing dapat tikus

    Orang yang tidak tahu duduk diam.

  3. Bagai cincin dengan permata

    Sama cantik, sama padan; cocok benar.

  4. Seperti mati hidup semula

    Selamat daripada bahaya besar.

  5. Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

    Layanan yang kurang adil.

  6. Seperti ular kena palu

    Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.