PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Ibarat telur di hujung tanduk

Maksud

Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.

Contoh ayat

Nasib syarikat yang hampir muflis itu ibarat telur di hujung tanduk.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ibarat telur di hujung tanduk:

  1. Bergantung di hujung kuku

    Dalam keadaan yang sangat berbahaya.

  2. Retak menanti belah Perumpamaan

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi

    Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

  2. Seperti emas baru disepuh

    Kecantikan rupa paras seorang wanita.

  3. Seperti ikan kena tuba

    Orang yang tidak berdaya lagi.

  4. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.

  5. Ibarat beban sudah ke tepi

    Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat.

  6. Bagai murai dicabut ekor

    Perempuan yang suka bercakap banyak.