PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud

Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Contoh ayat

Seorang pemain berbuat salah, seluruh pasukan didenda; ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua:

  1. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

  2. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya Pepatah

    Seorang yang bersalah, semuanya dipersalahkan.

  3. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit Pepatah

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Ada nasi di balik kerak

    Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

  2. Seperti api dengan asap

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

  3. Retak menanti belah

    Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.

  4. Macam kikir besi

    Orang kaya yang kedekut

  5. Ibarat telur di hujung tanduk

    Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.

  6. Bagai kelip-kelip terbang malam

    Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.