Pepatah
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
Maksud
Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
Contoh ayat
Kerana menurut nafsu, dia membeli barang mahal sehingga muflis; ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta.
Sanrio Gift SetLihat produk →Pilihan kamiPepatah lain
-
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah
Kesedihan kerana kematian kekasih.
-
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan
Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.
-
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak
Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.
-
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.
-
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa
Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.
-
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa
Nasib manusia tidak dapat ditentukan.