PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa

Maksud

Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

Contoh ayat

Pemimpin yang menindas rakyat akhirnya digulingkan; ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

  2. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek

    Persahabatan yang sangat karib.

  3. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  4. Garam di laut, asam di gunung, dalam kuali bertemu juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  5. Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk

    Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.

  6. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

    Nasib manusia tidak dapat ditentukan.