PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak

Maksud

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

Contoh ayat

Dia mahu membuka bengkel kereta, tetapi tiada peralatan; ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak:

  1. Dekat tak tercapai, jauh tak berantara

    Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.

  2. Dipandang dekat, dicapai tak dapat

    Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.

  3. Hendak mencapai tangan tak sampai

    Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.

  4. Hendak terbang tiada bersayap

    Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.

  5. Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai Pepatah

    Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga

    Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

  2. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

    Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.

  3. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

    Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

  4. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

  5. Yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang

    Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.

  6. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

    Perbuatan yang tidak sempurna.