PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Itik tak sudu, ayam tak patuk

Maksud

Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

Contoh ayat

Kerana miskin, keluarga itu itik tak sudu, ayam tak patuk dalam pergaulan masyarakat.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Itik tak sudu, ayam tak patuk:

  1. Dapur tidak berasap

    Terlalu miskin.

  2. Hidup segan mati tak mahu

    Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

  3. Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan Perumpamaan

    Sangat miskin.

  4. Kain sehelai berganti-ganti

    Suami isteri yang miskin.

  5. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Pepatah

    Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.

  6. Malam berselimut embun, siang bertudung awan Pepatah

    Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri

    Tetap meneruskan sesuatu pekerjaan kerana mungkin akan mendatangkan hasil lumayan.

  2. Pandai makan pandailah simpan

    Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia.

  3. Hilang tukul hilanglah pahat

    Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.

  4. Angin bersiru, ombak bersabung

    Perkara yang amat sulit.

  5. Hempas tulang, berisi perut

    Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.

  6. Peluru dua setuangan

    Dua benda yang serupa benar.