PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis

Maksud

Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

Contoh ayat

Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis; janganlah melawan orang berkuasa tanpa sebab.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  2. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  3. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  4. Yang secupak tidak akan jadi segantang

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.

  5. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  6. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.