PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Jauhari juga yang mengenal manikam

Juga disebut: Hanya jauhari mengenal manikam · Jauhari mengenal manikam

Maksud

Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

Contoh ayat

Lukisan budak kampung itu dihargai oleh pengumpul seni terkenal; jauhari juga yang mengenal manikam.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Jauhari juga yang mengenal manikam:

  1. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak Pepatah

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  2. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya Pepatah

    Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi

    Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

  2. Bagai menatang minyak yang penuh

    Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

  3. Bagai besi dengan penempa

    Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.

  4. Bagai beliung dengan asahan

    Tidak pernah berpisah.

  5. Bagai bertih digoreng

    Bercakap tidak berhenti-henti.

  6. Seperti tikus jatuh ke beras

    Orang yang terlalu gembira.