PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat

Maksud

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.

Contoh ayat

Walaupun sudah lama tiada kes ragut, polis masih berwaspada kerana jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat:

  1. Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk Pepatah

    Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali

    Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

  2. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam

    Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

  3. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

    Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.

  4. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga

    Betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi tetap seperti keadaan yang lama juga.

  5. Bagaimana acuan begitulah kuihnya

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  6. Mata memandang apa yang hendak, sakit bahu yang memikul ditimpa perasaan

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.