PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya

Maksud

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.

Contoh ayat

Abu selalu disindir kawan-kawannya ketika mula cuba memelihara lembu. Namun, dia tetap berusaha untuk menjadi petani yang berjaya kerana baginya, jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Jika tidak dipecah ruyung, mana kan dapat sagunya:

  1. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang Pepatah

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan

    Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

  2. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari

    Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.

  3. Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa

    Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.

  4. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak

    Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

  5. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

  6. Alang-alang berminyak, biar licin

    Kalau mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.