Pepatah
Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Maksud
Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.
Contoh ayat
Berita perkahwinan penyanyi terkenal itu menjadi perbualan di kalangan peminat seni tanah air. Walaupun berita itu dinafikan oleh pihak pengurusan penyanyi itu sendiri, tetapi bak kata orang tua-tua jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah:
-
Kalau tak ada api, masakan ada asap
Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.
-
Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang
Pepatah
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
-
Tak ada ribut, masakan daun bergoyang
Pepatah
Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.
-
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
Pepatah
Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.
Pepatah lain
-
Terapung sama hanyut, terendam sama basah
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.
-
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan
Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.
-
Enggang lalu ranting patah
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.
-
Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.
-
Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh
Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
-
Kalau tiada rotan, akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.