PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Maksud

Hidup yang sangat miskin dan rezeki hanya cukup untuk dimakan pada masa itu sahaja.

Contoh ayat

Penarik beca itu hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang:

  1. Dapur tidak berasap

    Terlalu miskin.

  2. Hidup segan mati tak mahu

    Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

  3. Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan Perumpamaan

    Sangat miskin.

  4. Itik tak sudu, ayam tak patuk

    Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

  5. Kain sehelai berganti-ganti

    Suami isteri yang miskin.

  6. Malam berselimut embun, siang bertudung awan Pepatah

    Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa

    Kelakuan yang tidak senonoh.

  2. Yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang

    Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.

  3. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  4. Biduk lalu kiambang bertaut

    Orang yang bertelingkah (berkelahi) yang kemudiannya berbaik semula.

  5. Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

    Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

  6. Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut

    Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.