PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan

Maksud

Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.

Contoh ayat

Pelajarilah sejarah; kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kalau baik buat tauladan, kalau tak baik buat sempadan:

  1. Buang yang keruh, ambil yang jernih Bidalan

    Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Usang dibarui, lapuk dikajangi

    Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

  2. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  3. Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali

    Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

  4. Alang-alang mandi, biar basah

    Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.

  5. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis

    Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.

  6. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.