PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Maksud

Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

Contoh ayat

Kau baru belajar asas, jangan cuba berdebat dengan profesor; kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ilmu padi, makin berisi makin runduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

    Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.

  3. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

  4. Ada biduk, serempu pula

    Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.

  5. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa

    Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.

  6. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

    Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.