PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu

Maksud

Perkara yang mustahil.

Contoh ayat

Mengharapkan dia berubah ibarat kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  2. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.

  3. Yang secupak tidak akan jadi segantang

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.

  4. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  5. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher

    Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.

  6. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.