PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.

Contoh ayat

Kalau takut kerja yang mencabar, jangan jadi wartawan; kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

    Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

  2. Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari

    Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

  3. Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut

    Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.

  4. Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan

    Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.

  5. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  6. Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya

    Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.