PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

Maksud

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

Contoh ayat

Ura-ura tentang pertukaran ketua jabatan menjadi perbualan di kalangan pekerja di syarikat itu. Walaupun berita itu dinafikan oleh pihak pengurusan, tetapi kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang:

  1. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah Pepatah

    Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

  2. Kalau tak ada api, masakan ada asap

    Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.

  3. Tak ada ribut, masakan daun bergoyang Pepatah

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

  4. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Pepatah

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

  2. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga

    Kembali ke tempat asalnya.

  3. Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga

    Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.

  4. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan

    Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

  5. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa

    Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

  6. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

    Orang yang arif dan rajin.