PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi

Maksud

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.

Contoh ayat

Dia mahu mengadakan majlis besar, tetapi tiada wang; kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi:

  1. Kalau tiada padi, sebarang kerja tak jadi

    Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  2. Gajah berjuang sama gajah, palanduk mati di tengah-tengah

    Sekiranya orang-orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan

  3. Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa

    Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.

  4. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

    Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

  5. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  6. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

    Jika ada kemahuan, tentu ada jalannya, tanpa kemahuan, berbagai alasan diberikan.