PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kalau tiada rotan, akar pun berguna

Maksud

Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

Contoh ayat

Tiada pinggan, daun pisang pun boleh digunakan; kalau tiada rotan, akar pun berguna.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Burung terbang dipipiskan lada

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

  2. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  3. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  4. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  5. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit

    Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

  6. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga

    Kembali ke tempat asalnya.