PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah

Maksud

Kesedihan kerana kematian kekasih.

Contoh ayat

Sejak kematian isterinya, Pak Hamid sentiasa murung; karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.

  2. Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang mata pedangnya

    Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang.

  3. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

    Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.

  5. Kalau tiada rotan, akar pun berguna

    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

  6. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.