PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

Maksud

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

Contoh ayat

Ayah sanggup bersusah payah demi anak-anak, tetapi anak tidak selalu membalasnya; kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak nampak

    Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.

  2. Ibarat burung, mata lepas badan terkurung

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

  3. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

  4. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

    Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

  5. Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan

    Tidak mahu mengakui kebenaran.

  6. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

    Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.