PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Katak di bawah tempurung

Maksud

Orang yang sangat cetek pengetahuannya mengenai dunia luar.

Contoh ayat

Hidup Sudin seperti katak di bawah tempurung kerana dia langsung tidak mengetahui perkembangan semasa.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Wayang kepadaman damar

    Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.

  2. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus

    Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya.

  3. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

  4. Seperti api dengan asap

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

  5. Seperti anjing dengan kucing

    Orang yang selalu bertengkar.

  6. Keras bagai batu, tinggi bagai langit

    Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.