Pepatah
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut
Maksud
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
Contoh ayat
Ahli perniagaan yang ramai kenalan itu tidak bimbang ketika ekonomi merosot; kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut.
Pepatah lain
-
Jerat tidak lupakan balam, tetapi balam lupakan jerat
Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.
-
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan
Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.
-
Sayang buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu keadaan yang dalam serba salah.
-
Alang-alang berdakwat, biarlah hitam
Membuat sesuatu perkerjaan itu biarlah hingga selesai.
-
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar
Tiada mahu mendengar nasihat orang.
-
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa
Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.