PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

Maksud

Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

Contoh ayat

Sudah menjelajah dunia, akhirnya Pak Karim pulang juga ke kampungnya; ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari:

  1. Belut pulang ke lumpur Perumpamaan

    Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

  2. Haruan pulang ke lubuk

    Perantau yang kembali ke tempat asal.

  3. Ikan pulang ke lubuk

    Telah kembali ke tempat asalnya.

  4. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga Pepatah

    Kembali ke tempat asalnya.

  5. Sirih pulang ke gagang

    Kembali ke tempat asalnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  2. Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul

    Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.

  3. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  4. Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan

    Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.

  5. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

  6. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.