PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya

Maksud

Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.

Contoh ayat

Sebelum memulakan perjalanan, rancanglah destinasi kerana ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Alah bisa kerana biasa

    Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.

  2. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  3. Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  4. Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai

    Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.

  5. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah

    Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.

  6. Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa

    Kelakuan yang tidak senonoh.